Malaysia Techlympics 2022 (“Techlympics”) merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Techlympics akan diadakan secara berperingkat dan besar-besaran di seluruh negara dalam usaha meningkatkan bakat muda dalam bidang AI, robotik, kod, dron dan juga bidang-bidang teknologi baru dalam kalangan peserta yang berumur 7 hingga 30 tahun. Dengan ini, ianya akan membawa golongan muda bersama-sama kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui pencapaian indeks inovasi dunia yang lebih tinggi.
Aktiviti-aktiviti yang direka di bawah Techlympics adalah berlandaskan bidang keutamaan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) yang dibangunkan MOSTI termasuk Sains, Kejuruteraan Pengkomputeran & Pengkomputeran Mikro, Internet Kebendaan (IOT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif & Animasi dan Pencetakan & Pembangunan 3D.