Program

Kesemua program yang dirangka di Malaysia Techlympics 2022 bernaung di bawah tema “Berhubung, Bersaing, Berjaya” yang diyakini mampu memacu generasi muda melakar lanskap inovasi negara.

Program ini berteraskan inovasi STEM berpandukan kepada The Sustainable Goals (SDG) dan juga MySTIE10x10 oleh MOSTI.

5 tema bagi program Malaysia Techlympics iaitu Kecerdasan Buatan dan Sains Data, Eksplorasi Angkasa, Dron dan Aplikasinya, Teknologi Sohor dan Inovasi untuk Kesejahteraan Rakyat dan Kelestarian Alam secara langsung memenuhi 7 daripada 17 SDG PBB: pendidikan berkualiti (SDG 4), air bersih & sanitasi (SDG 6), tenaga yang keberkesanan kos dan bersih (SDG 7), industri, inovasi dan infrastruktur (SDG 9), mengurangkan ketidaksamaan (SDG 10), bandar dan komuniti lestari (SDG 11), dan kehidupan di darat (SDG 15). Dengan usaha untuk mencari penyelesaian bagi komuniti yang lebih lestari untuk mengekalkan ekosistem kita, ketidaksamaan di sekeliling kita dapat dikurangkan. Arus perubahan yang akan menjulang nama Malaysia sebagai sebuah negara inovatif bermula di sini. Ayuh, Techlympian!