Inovasi untuk Peningkatan Kualiti Hidup & Kelestarian

Heading

Teknologi boleh meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan ketidaksamaan dalam masyarakat, serta menyediakan akses yang saksama kepada peningkatan taraf hidup yang lebih baik. Tidak dinafikan lagi, sains dan teknologi telah menjadikan hidup kita lebih mudah dan pantas. Melalui inovasi kita boleh meningkatkan kelestarian hidup.

Pertandingan kami memaparkan beberapa peluang untuk menggunakan aplikasi yang sesuai  untuk mereka bentuk idea yang hebat. Apa yang anda perlukan ialah mengenal pasti isu dalam komuniti anda dan mencipta penyelesaian yang mengisi jurang tersebut. Kami akan menganjurkan beberapa program dan pertandingan untuk memanfaatkan daya intelek dan kreativiti generasi muda dengan menggunakan peralatan digital supaya mereka boleh membangunkan kemahiran untuk menganalisa masalah yang kompleks.

Kami teruja untuk membawakan kepada anda 7 program yang direka khas bagi merealisasikan idea anda untuk menyelesaikan cabaran kehidupan sebenar.

  1. Pertandingan Mereka Bentuk Kediaman Masa Depan
  2. Cabaran Pertanian Pintar
  3. Cabaran Inovasi Pintar (Cetakan 3D)
  4. Cabaran Membina Aplikasi Peranti Mudah Alih
  5. Pertandingan Pemantauan Alam Sekitar
  6. Persaingan Inovasi (Keterangkuman)
  7. Cabaran Sains Bahan

Heading

  • Peserta akan didedahkan dengan teknologi terkini seperti Objek Rangkaian Internet (IoT), pengaturcaraan, Cetakan 3D dan aplikasi lain yang sesuai
  • Peserta akan dilengkapi dengan pelbagai set kemahiran untuk mencari penyelesaian menggunakan teknologi yang dimaksudkan samada secara bersendirian atau berkumpulan
  • Peserta akan bekerja dengan menggunakan penyataan masalah daripada rakan industri (jika berkenaan) untuk memastikan penyelesaian yang dicipta adalah relevan

Heading

Anda akan mempelajari kaedah untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam kehidupan seharian anda sebagai penyelesaian kepada masalah harian. Mari mulakan perjalanan anda sebagai seorang pencipta dan mempersonakan kami dengan ciptaan anda!

Berikut adalah kategori umur bagi penyertaan:

Berikut adalah kategori umur bagi penyertaan:

  • Pertandingan Pemantauan Alam Sekitar dan Cabaran Membina Aplikasi Peranti Mudah Alih hanya terbuka untuk pelajar sekolah menengah sahaja
  • Program yang lain adalah terbuka untuk semua peringkat (rendah, menengah dan belia)

Program