Dalam era moden ini, perkembangan teknologi sentiasa berlaku. Setiap aspek kehidupan, seperti penjagaan kesihatan mahupun keselamatan, memerlukan penggunaan data besar untuk meningkatkan kualiti hidup kita. Penyelesaian masalah di masa hadapan akan memerlukan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan data besar.
Dalam acara tahun ini, kami akan menganjurkan beberapa program dan pertandingan untuk menguji daya intelek dan kreativiti warga belia Malaysia untuk mengembangkan kemahiran mereka dalam menganalisis masalah yang kompleks.
Adakah anda memiliki keperluan untuk mempelajari dan memantapkan kemahiran dalam AI dan Sains Data? Mari sertaii 5 program yang telah disusun berdasarkan teras ini:
- Pertandingan MAICY (Malaysian Artificial Intelligence Competition for Youth)
- Pertandingan Technovation
- Cabaran Sains Data
- Pertandingan Pemikiran Komputasi Kanak-kanak
- Pertandingan Kecerdasan Buatan (AI) terbuka