Senarai Program

Cabaran Inovasi Dron

Rumusan Program

Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakkan minat belia terhadap dron. Ia juga merupakan pemangkin untuk menjadi sumber pendapatan mereka di masa hadapan dan menjadi sebahagian daripada ekosistem DroneTech.

Dengan minat yang semakin meningkat berkaitan dengan dron/UAV dan aplikasinya dalam pelbagai sektor industri dan komuniti, pendedahan kepada teknologi ini adalah penting bagi warga belia Malaysia supaya mereka menanam minat dan cita-cita untuk potensi kerjaya mereka dalam bidang ini. Kita juga harus melahirkan golongan muda yang mampu mencipta dan juga menghasilkan inovasi menggunakan teknologi berasaskan dron.

Pemfokusan bidang teknologi:
Dron
Kejuruteraan
Sains
Matematik
Kelayakan:

Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004 – 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun ) lahir pada 1 Januari 1992 – 31 Disember 1992).