Senarai Program

Pertandingan Inovasi Angkasa

Rumusan Program

Menjana idea dan menerapkan budaya inovasi adalah penting dalam usaha menggalakkan penyertaan Malaysia dalam perlumbaan angkasa. Terdapat permintaan yang mendesak untuk penciptaan inovasi tempatan yang mampu menyelesaikan masalah berkaitan pengembaraan angkasa termasuk penginapan, bahan api roket, dan elemen-elemen yang belum dikenal pasti oleh para saintis.

Peserta akan berpeluang untuk mereka bentuk, mencipta atau membina inovasi yang dapat melancarkan dan memperbaiki perjalanan, penerokaan, dan kualiti pengalaman bagi angkasawan. 

Pemfokusan bidang teknologi:
Pengkomputeraan & mikrocomputer
Reka Bentuk Kreatif & Pembangunan
Kejuruteraan
Sains
Matematik
Kelayakan:

Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31 Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005). Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004 – 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun (lahir pada 1 Januari 1992 – 31 Disember 1992).