Bagaimana untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem menggunakan mikropemprosesan yang boleh membantu meningkatkan produktiviti untuk petani? Ramai petani kecil dan syarikat pertanian masih bergelut dengan pelbagai masalah dalam pengeluaran dan penuaian tanaman. Teknologi tidak digunakan sepenuhnya untuk membantu mengurangkan masalah ini. Peserta akan diberikan cabaran untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem teknologi menggunakan mikropengawal yang boleh membantu meningkatkan produktiviti industri pertanian.
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31 Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005).
Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004 – 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun (lahir pada 1 Januari 1992 – 31 Disember 1992).
Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah menggariskan 17 matlamat sebagai panduan untuk seluruh penduduk bumi jika mereka ingin membuat sebarang pembangunan. Bagaimanakah sains bahan dapat membantu manusia untuk mencipta hari esok yang lebih baik? Walaupun teknologi nano mempunyai impak dalam semua bidang STEM, aplikasinya tidak begitu dikenali di kalangan rakyat Malaysia. Peserta dikehendaki mencadangkan sebuah idea untuk dibentangkan kepada pelabur-pelabur yang ingin mencari idea inovasi mengenai sains bahan. Idea kumpulan yang bertanding haruslah selari dengan salah satu daripada 17 matlamat yang digariskan oleh PBB. Idea yang dicadangkan untuk pertandingan ini haruslah idea yang segar dan sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31 Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005).
Penyertaan hanya dibenarkan secara berkumpulan, di mana setiap kumpulan mempunyai 4 ahli sahaja.
Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004 – 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun (lahir pada 1 Januari 1992 – 31 Disember 1992).
Disebabkan terdapatnya kekurangan pendedahan mengenai teknologi dalam masyarakat luar bandar, sebuah program latihan khusus untuk golongan sasaran khas diadakan untuk mereka turut bersaing. STEM merupakan pendidikan yang perlu dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Golongan sasaran tidak terkecuali atau ketinggalan dalam mempelajari STEM. Golongan ini akan diberi peluang untuk turut terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik menggunakan peralatan STEM yang canggih. Program latihan ini akan membantu golongan sasaran untuk melatih pemikiran kritis serta berupaya membantu mereka meningkatkan pemikiran kritikal dan meningkatkan daya saing mereka.
Pelajar Sekolah Rendah
Pelajar Tahun 1 (lahir pada 1 Januari 2015 – 31 Disember 2015) sehingga Pelajar Tahun 6 (lahir pada 1 Januari 2010 – 31 Disember 2010).