Bagaimanakah AI boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian? Disebabkan terdapat kekurangan pendedahan kepada asas dan kepentingan teknologi AI di kalangan pelajar Malaysia, peserta akan belajar menggunakan Teknologi Kepintaran Buatan @ Artificial Intelligence (AI) technology untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar berasakan situasi sebenar seperti penjagaan kesihatan, kawalan kenderaan, dan lain-lain. Peserta akan diberikan beberapa siri cabaran, di mana cabaran terakhir ialah mencipta sebuah Sistem Kepintaran Buatan @ AI yang mampu untuk memproses maklumat berdasarkan pelbagai jenis “Input”.
Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31 Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005).
Di Malaysia, pelajar-pelajar kurang didedahkan kepada asas dan kepentingan teknologi AI. Oleh itu, para peserta pertandingan ini akan didedahkan kepada pembelajaran asas Kecerdasan Buatan (AI) dan mengaplikasikannya untuk menyelesaikan masalah di rumah atau komuniti mereka.
Pelajar Tahun 4 (lahir pada 1 Januari 2012 – 31 Disember 2012) sehingga Pelajar Tahun 6 (lahir pada 1 Januari 2010 – 31 Disember 2010).
Bagaimana Sains Data dapat membantu menyelesaikan masalah dunia sebenar? Melalui perkembangan teknologi terkini, terdapat banyak data-data yang dihasilkan, tetapi tiada cara menggunakannya untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Peserta akan belajar cara menggunakan teknik Sains Data untuk menganalisis ciri masalah dan situasi di sekeliling mereka. Dalam pertandingan ini, mereka perlu mencari dan mengumpulkan set data yang berkaitan dengan masalah ataupun objektif yang ingin diselesaikan, kemudiannya membuat analisis, visualisasi data, dan mencari solusi. Mereka juga akan diberikan set data untuk menganalisis dan mencadangkan penyelesaian berdasarkan set data tersebut.
Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31 Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005).
Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004 – 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun (lahir pada 1 Januari 1992 – 31 Disember 1992).
Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari konsep pemikiran komputasi (CT) dan asas robotik bagi mengatasi kesukaran dalam menjelaskan konsep sains komputer dan robotik kepada pelajar sekolah rendah. Peserta Sekolah Rendah (Tahun 1 & 2) akan menggunakan dan mempelajari modul Pemikiran Komputasional dan robot khas. Dengan menggunakan kemahiran yang diperolehi, peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa tugasan.
Pelajar Sekolah Rendah Pelajar Tahun 1 (lahir pada 1 Januari 2015– 31 Disember 2015) sehingga Pelajar Tahun 2 (lahir pada 1 Januari 2014– 31 Disember 2014).
Belia harus diberi peluang untuk mengkomersialkan produk berasaskan AI kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk belajar bagaimana untuk berbuat demikian. Cabaran terbuka ini disasarkan kepada kategori belia. Peserta akan diminta untuk mencari penyelesaian berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan oleh rakan kongsi industri, menggunakan gabungan AI dan kaedah pembinaan pangkalan data.
Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004 – 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun (lahir pada 1 Januari 1992 – 31 Disember 1992).