Pertandingan kuiz merupakan cara yang berkesan untuk menjadikan pembelajaran STEM mudah dan boleh diakses oleh semua golongan masyarakat. Minat generasi kini terhadap bidang berkaitan STEM semakin berkurangan di mana perhatian mereka lebih bertumpu kepada bidang Seni dan Kemanusiaan, Pendidikan, Sains Sosial, Perniagaan dan Penghakiman. Pertandingan ini memerlukan interaksi secara berterusan dari para peserta di mana siri-siri pengetahuan berkaitan topik STEM seperti sains, robotik, dron, kejuruteraan dan sebagainya akan diuji secara berkala sepanjang berlangsungnya Malaysia Techlympics. Peserta dibahagikan mengikut kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan juga belia. Pemenang akan ditentukan mengikut kategori kumpulan umur.
Pelajar Sekolah Rendah
Pelajar Tahun 1 (lahir pada 1 Januari 2015 – 31 Disember 2015) sehingga Pelajar Tahun 6 (lahir pada 1 Januari 2010 – 31 Disember 2010).
Penyertaan hanya dibenarkan secara berkumpulan dengan 2 ahli bagi setiap kumpulan.
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31 Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005).
Penyertaan hanya dibenarkan secara berkumpulan dengan 2 ahli bagi setiap kumpulan.
Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004 – 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun (lahir pada 1 Januari 1992 – 31 Disember 1992).
Bidang penghasilan video merupakan bidang teknikal yang diminati ramai. Para inovator muda mampu menghasilkan pelbagai video yang kreatif dan menjana hasil pendapatan melalui kebolehan mereka dalam bidang ini. Malaysia kini dalam perjalanan untuk menjadikan inovasi sebagai peneraju ekonomi negara. Maka, memupuk minat dalam kalangan generasi muda untuk menghargai inovasi yang berlaku di sekeliling mereka dan mempunyai aspirasi untuk berkongsi pengetahuan dengan dunia menerusi elemen kreativiti adalah sangat wajar. Peserta perlu menghasilkan video 15 minit yang bertemakan inovasi di Malaysia. Kategori pertandingan ini adalah terbuka untuk belia di mana daya kreativiti peserta dalam mempamerkan inovasi di sekeliling mereka atau perkongsian pengetahuan secara kreatif dan informatif. Sistem permarkahan adalah terbahagi kepada 2 : 1) Jumlah tontonan dan reaksi, dan 2) Sistem pemarkahan oleh panel hakim terpilih.
Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004 – 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun (lahir pada 1 Januari 1992 – 31 Disember 1992). Penyertaan terbuka secara individu atau berkumpulan bagi setiap kategori. Walau bagaimanapun, pembahagian hadiah untuk penyertaan secara berkumpulan adalah tanggungjawab pemilik akaun media sosial.Hanya satu penyertaan dibenarkan bagi satu pemilik akaun media sosial.
Platform media sosial boleh digunakan sebagai satu cara untuk menarik minat golongan muda mengenai subjek STEM. Selain daripada itu, industri kreatif juga memerlukan suntikan daya inovatif daripada para inovator muda. Bidang berkaitan STEM dianggap membosankan. Pada masa ini, dengan menggunakan media sosial, banyak ilmu dan maklumat boleh dikongsi secara kreatif. Bagaimanakah kita boleh memanfaatkan platform sedia ada untuk mempromosikan bidang STEM? Peserta Cabaran 3 minit TikTok akan menghasilkan video yang menarik dan menyeronokkan tentang teknologi ataupun bagaimana teknologi telah mengubah hidup mereka. Video-video yang dihasilkan perlu dihantar ke saluran TikTok Malaysia Techlympics.
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31 Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005). Penyertaan terbuka secara individu atau berkumpulan bagi setiap kategori. Walau bagaimanapun, pembahagian hadiah untuk penyertaan secara berkumpulan adalah tanggungjawab pemilik akaun TikTok.
Hanya satu penyertaan dibenarkan bagi satu akaun TikTok.
Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004 – 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun pada (1 Januari 1992 – 31 Disember 1992).Penyertaan terbuka secara individu atau berkumpulan bagi setiap kategori. Walau bagaimanapun, pembahagian hadiah untuk penyertaan secara berkumpulan adalah tanggungjawab pemilik akaun TikTok.
Hanya satu penyertaan dibenarkan bagi satu akaun TikTok.