Platform media sosial boleh digunakan sebagai satu cara untuk menarik minat golongan muda mengenai subjek STEM. Selain daripada itu, industri kreatif juga memerlukan suntikan daya inovatif daripada para inovator muda. Bidang berkaitan STEM dianggap membosankan. Pada masa ini, dengan menggunakan media sosial, banyak ilmu dan maklumat boleh dikongsi secara kreatif. Bagaimanakah kita boleh memanfaatkan platform sedia ada untuk mempromosikan bidang STEM? Peserta Cabaran 3 minit TikTok akan menghasilkan video yang menarik dan menyeronokkan tentang teknologi ataupun bagaimana teknologi telah mengubah hidup mereka. Video-video yang dihasilkan perlu dihantar ke saluran TikTok Malaysia Techlympics.
Memberi peluang kepada peserta untuk mengubah persepsi "STEM adalah membosankan" dengan mengekspresikan kepentingan STEM dan bagaimana STEM mempengaruhi kehidupan seharian di platform media sosial.
Memupuk minat dalam kalangan peserta dan penonton untuk berkongsi perkara yang lebih informatif dan berpengetahuan terutamanya dalam bidang STEM supaya lebih ramai akan bersetuju bahawa STEM adalah happening!
Peserta daripada setiap kategori akan dinilai berdasarkan daya kreativiti mereka dalam menayangkan bagaimana aplikasi sains dan teknologi telah mengubah kehidupan seharian mereka ataupun bagaimana inovasi telah memudahkan hidup mereka. 50 video daripada setiap kategori dengan 'like' terbanyak akan disenarai pendek untuk ke peringkat seterusnya.
Bagi setiap kategori, 10 pemenang akan dipilih berdasarkan undian orang ramai manakala pemenang akhir akan dipilih oleh panel daripada MRANTI.