Teknologi satelit dapat membantu para saintis mengumpul data-data pentinguntuk membantu kita menjalani kehidupan yang lebih baik. Bidang satelitmerupakan bidang yang amat inklusif. Tidak banyak pengetahuan mengenaicara-cara pembuatan satelit dikongsikan dengan pelajar-pelajar di Malaysia. Parapeserta akan didedahkan kepada satelit kiub/mini yang menakjubkan, iaituperanti satelit kecil yang membolehkan saintis mengumpul data dari angkasa.Mereka akan membina satelit ini dan menggunakannya untuk mengumpul danmenganalisis data dari atmosfera bumi.
Para peserta akan mempelajari cara untuk menghasilkan satelit dengan kos yang lebih efektif dan boleh memberikan penyelesaian yang mampan kepada masalah dan isu yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Peserta akan membina Cubesat yang berfungsi yang boleh mencipta, menyimpan dan menghantar data ke pusat kawalannya. Mereka juga akan dapat berkongsi idea yang berkaitan dengan penyelesaian isu-isu yang dihadapi Malaysia termasuk kekurangan ketersambungan di kawasan tertentu.
Pelajar menghasilkan peta minda jenis penyelesaian yang akan menggunakan Cubesat di kawasan tempatan mereka untuk mengambil data dan mengolah data tersebut untuk menyelesaikan masalah setempat.
Pelajar akan melontarkan idea mereka tentang reka bentuk komponen cubesat dan keupayaan menyelesaikan masalah dalam format video pendek.
Pelajar menerima latihan dalam membina cubesat dan mula bekerja pada reka bentuk mereka. Cubesat ini akan diuji dalam senario kehidupan sebenar menggunakan belon cuaca atau dron yang sesuai.
Pelajar menerima latihan dalam membina Cubesat mereka dan mula bekerja pada reka bentuk mereka. Cubesat ini akan diuji dalam senario kehidupan sebenar menggunakan belon cuaca atau dron yang sesuai.