Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakkan minat belia terhadap dron. Ia juga merupakan pemangkin untuk menjadi sumber pendapatan mereka di masa hadapan dan menjadi sebahagian daripada ekosistem DroneTech.
Dengan minat yang semakin meningkat berkaitan dengan dron/UAV dan aplikasinya dalam pelbagai sektor industri dan komuniti, pendedahan kepada teknologi ini adalah penting bagi warga belia Malaysia supaya mereka menanam minat dan cita-cita untuk potensi kerjaya mereka dalam bidang ini. Kita juga harus melahirkan golongan muda yang mampu mencipta dan juga menghasilkan inovasi menggunakan teknologi berasaskan dron.
Pelajar akan meneroka rekabentuk dan ciri-ciri yang sesuai untuk menghasilkan dron secara murah dan efektif.
Peserta perlu mereka dan membina dron yang mempunyai fungsi penerbangan.
Peserta dikehendaki mereka bentuk dan membina model dron daripada bahan yang mudah didapati di rumah. Model dron yang berfungsi tidak diperlukan.
Bengkel Intensif (Bootcamp) akan dijalankan secara dalam talian untuk menyediakan peserta bagi sesi Pitching Dalam Talian (Online Pitching). Peserta akan disenarai pendek semasa sesi ini.
Peserta perlu mereka dan membina dron dalam masa yang ditetapkan. Setiap peserta dikehendaki untuk menguji penerbang dron di dalam sangkar dengan corak penerbangan yang ditentukan.