Senarai program /

Cabaran Inovasi Pintar (Cetakan 3D) (Kanak-Kanak)

Apakah percetakan 3D? Bagaimana untuk mereka bentuk dan mencipta perkara baru menggunakan pencetak 3D? Dalam kalangan pelajar di Malaysia, terdapat kekurangan pemahaman dalam proses pencetakan 3D, termasuk penciptaan model yang boleh membantu dalam kitaran inovasi. Peserta akan mereka bentuk dan mencetak prototaip hasil inovasi (peranti) yang diharapkan dapat membantu memperbaiki atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan/persekitaran harian mereka.

Cabaran Inovasi Pintar (Cetakan 3D) (Kanak-Kanak)

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Untuk mempromosikan cara terbaru untuk menghasilkan prototaip dan memudahkan proses inovasi.
  2. Untuk memastikan peserta dapat membangunkan set kemahiran yang diperlukan untuk menguasai pencetakan 3D.
  3. Untuk menghasilkan produk berasaskan teknologi atau seni dengan menggunakan teknologi pencetakan 3D.

Pengalaman Program

Peserta akan menggunakan pengetahuan mereka untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk menggunakan pencetak 3D.

Hasil Program

Peserta akan menggunakan kemahiran mereka untuk mereka cipta dan mencetak objek 3D menggunakan mesin pencetak 3D yang disediakan atau menggunakan pen 3D.

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah

Peserta akan menggunakan pen 3D yang kini tersedia di sekolah rendah.

Peringkat Daerah

Peserta akan belajar cara mencipta objek 3D digital yang mempunyai pelbagai tujuan di samping mempelajari tentang format fail yang berbeza dan bekerja dengan CURA untuk menghasilkan objek boleh cetak yang akan diuji oleh pihak penganjur.

Peringkat Zon

 Peserta akan menggunakan kemahiran untuk mencetak objek 3D tertentu dalam cabaran berdasarkan masa menggunakan mesin pencetak 3D yang disediakan.

Peringkat Kebangsaan

Peserta akan menggunakan kemahiran mereka untuk mereka bentuk dan mencetak objek 3D tertentu dalam cabaran berdasarkan masa menggunakan mesin pencetak 3D yang disediakan. Cabaran ini mungkin akan melibatkan pasukan-pasukan lain yang mewakili negeri yang sama.

Peringkat Terbuka
Peringkat Akhir

Cabaran Inovasi Pintar (Cetakan 3D) (Kanak-Kanak)