Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang berstruktur kepada pelajar dalam aspek pembangunan produk, khususnya pembangunan UAV. Pada masa yang sama, pelajar akan didedahkan kepada teknologi disebalik UAV. Aspek pengurusan projek yang merangkumi elemen rentas disiplin STEM juga akan dipelajari dalam pertandingan ini.
Semua UAV dicipta dengan spesifikasi UAV yang berbeza untuk tujuan yang berbeza. Dalam pertandingan ini, pelajar akan didedahkan kepada kaedah mereka bentuk yang dikenali sebagai kaedah Design Thinking. Mereka akan menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan idea rekabentuk UAV yang sesuai dengan senario yang berbeza-beza. Rekabentuk UAV akan dinilai oleh jurutera yang berkaliber.
Pelajar akan mempelajari sains dan kejuruteraan disebalik pembuatan dron.
Para peserta dikehendaki untuk menyediakan kertas kerja konsep UAV yang bakal dicipta berdasarkan aspek design thinking "empati" dan "takrifan masalah".
Para peserta mula menambah perincian pada kertas kerja dengan menambah aspek penjanaan idea rekabentuk UAV berdasarkan masalah yang ditakrif.
Para peserta akan membentangkan idea konsep UAV mereka pada pakar untuk dinilai.
Para peserta akan membawa prototaip UAV mereka untuk dipamerkan dan menjalani ujian tekanan.