Senarai program /

Cabaran Kenderaan Masa Depan

Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk mengenali sumber tenaga alternatif dan juga meningkatkan kemahiran kejuruteraan terutamanya dalam teknologi membuat kereta di samping menggalakkan inovasi dan daya saing. Subjek RBT telah diperkenalkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Salah satu topik yang perlu dijalankan untuk subjek ini ialah penghasilan produk dan reka bentuk projek. Walau bagaimanapun, minat dan kemahiran pelajar adalah terhad kerana kurangnya cabaran dan pendedahan tentang kepentingan subjek ini. Para peserta akan diberi latihan mengenai cara mereka cipta kenderaan yang dikuasakan menggunakan tenaga solar. Untuk peringkat sekolah, pelajar akan mencipta kereta solar yang dijanakan menggunakan solar sel 45mm x 45mm, sebuah motor mini dan gear yang sesuai. Kereta yang terpantas akan memenangi peringkat sekolah dan daerah. Kit-kit yang sesuai akan dibekalkan untuk peringkat negeri dan kebangsaan secara percuma. Pelajar akan diminta untuk menghasilkan kenderaan solar mengikut tugasan yang akan diberikan. Kenderaan terpantas yang menyiapkan tugasan tersebut akan menang. Tugasan adalah berbentuk pernyataan masalah berkaitan kejuruteraan. 

Cabaran Kenderaan Masa Depan

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Memperkenalkan tenaga alternatif kepada para peserta.
  2. Memberikan pelajar peluang untuk menghasilkan projek berasaskan kejuruteraan.

Pengalaman Program

Pertandingan ini akan menarik peserta untuk meminati subjek RBT disamping menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran kejuruteraan. Semangat daya saing dalam inovasi juga akan dapat dipupuk apabila mereka tercabar untuk mereka bentuk kereta yang terpantas.

Hasil Program

Menyemarakkan pertandingan berasaskan RBT dan kejuruteraan. Mempromosi tenaga alternatif sebagai punca tenaga masa depan.

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah

Pelajar yang menghasilkan kereta terpantas dengan menggunakan solar sel 45mm x 45mm akan mewakili sekolah. Sekolah yang tidak mempunyai solar sel boleh juga memillih pelajar yang yang menghasilkan projek RBT yang terbaik.

Peringkat Daerah

Kit kereta solar perlu disediakan oleh pihak sekolah menggunakan komponen-komponen yang akan diberikan. Pelajar perlu membuat kereta yang terpantas untuk memenangi pertandingan.

Peringkat Zon

Kit akan disediakan oleh penganjur dan pelajar akan diminta untuk menghasilkan kenderaan solar mengikut tugasan yang akan diberikan. Kenderaan terpantas yang menyiapkan tugasan tersebut akan menang.

Peringkat Kebangsaan

Kit akan disediakan oleh penganjur dan pelajar akan diminta untuk menghasilkan kenderaan solar mengikut tugasan yang akan diberikan. Kenderaan terpantas dalam menyiapkan tugasan tersebut akan menang.

Peringkat Terbuka
Peringkat Akhir

Cabaran Kenderaan Masa Depan