Senarai program /

Cabaran Markas Angkasa (VR)

Teknologi VR dan AR merupakan sebuah teknologi terkini berkaitan simulasi grafik yang mampu memberi pelbagai perspektif unik mengenai sebuah topik. Bagaimana kita boleh mencipta sesuatu inovasi berkaitan angkasa jika kita tidak dapat lihat persekitaran tersebut secara fizikal? Pelajar sekolah rendah dan menengah akan diuji dalam kemahiran pengaturcaraan dan kreativiti reka bentuk mereka dalam cabaran AR/VR ini. Para peserta akan mereka bentuk pangkalan angkasa untuk kediaman angkasa lepas.

Cabaran Markas Angkasa (VR)

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Mempromosikan penggunaan AR dan VR sebagai alat paparan.
  2. Untuk menyediakan landasan bagi pelajar mencipta produk berasaskan VR/AR. 
  3. Untuk mendidik pelajar tentang cara memanipulasi dan mencipta objek dalam persekitaran 3D.

Pengalaman Program

Memandangkan kepopularan metaverse pada masa kini, permintaan untuk para saintis dan artis yang berkemahiran mencipta dan memanipulasikan objek dan persekitaran 3D akan lebih tinggi.

Hasil Program

Pelajar akan mencipta dunia 3D dengan objek/model interaktif yang berbeza. Ini akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang sesuai untuk manipulasi AR/VR dan juga metaverse. 

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah

Peserta menghasilkan lukisan ringkas idea ruang angkasa mereka. Mereka juga akan menerima pendedahan tentang cara menghasilkan persekitaran AR/VR mereka sendiri menggunakan penyelesaian yang mudah didapati.

Peringkat Daerah

Peserta akan menerima latihan dalam Co-spaces, sebuah platform pendidikan AR/VR. Mereka akan menukar lukisan konsep mereka kepada persekitaran digital dan menghasilkan lawatan video persekitaran untuk dinilai oleh panel hakim pertandingan.

Peringkat Zon

Peserta akan menambah urutan aturcara ke dalam reka bentuk mereka dan menerima goggle VR untuk meneroka ciptaan mereka dalam persekitaran VR dengan lebih lanjut.

Peringkat Kebangsaan

Peserta akan menambah aturcara ke dalam reka bentuk mereka dan menerima goggle VR untuk meneroka ciptaan mereka dalam persekitaran VR dengan lebih lanjut. Mereka akan mencipta imej sasaran kepada pelawat ke peringkat akhir fizikal, di mana mereka boleh meneroka reka bentuk mereka dalam persekitaran AR atau VR.

Peringkat Terbuka
Peringkat Akhir

Cabaran Markas Angkasa (VR)