Senarai program /

Cabaran 'Math Whiz'

Minat pelajar dalam bidang matematik boleh dipertingkatkan dengan menggunakan kaedah kuiz atau pertandingan. Subjek matematik selalu dianggap sebagai subjek yang membosankan dan susah kerana hanya melibatkan nombor dan tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian. Tambahan pula, pelajar yang tidak mempunyai asas yang baik dalam matematik akan ketinggalan semasa menghadapi masalah matematik yang lebih kompleks. Cabaran 'Math Whiz' adalah cabaran anjuran bersama Cerebry di mana platform matematik yang digunakan adalah berlandaskan AI yang boleh menyesuaikan soalan berdasarkan tahap kemampuan peserta. Cabaran ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah di mana pada peringkat kelayakan setiap peserta diberikan masa 45 minit untuk menjawab semua soalan. Hanya 50 peserta daripada peringkat kelayakan akan dipilih untuk menyertai peringkat akhir di mana peserta akan diuji dengan soalan yang lebih sukar. 5 pemenang daripada setiap kategori akan dipilih sebagai juara. Cabaran ini akan berlangsung secara berperingkat selama beberapa minggu. Contoh: Tingkatan 1 (3 minggu), Tingkatan 2 (3 Minggu) dan seterusnya. Peringkat akhir akan berlangsung selama 2 hari.

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Mencungkil bakat terpendam pelajar di dalam bidang Matematik. 
  2. Mempromosi bidang matematik kepada semua golongan pelajar.

Pengalaman Program

Menjadikan subjek matematik menyeronokkan melalui pertandingan. 

Hasil Program

Bidang matematik akan lebih diminati dan lebih seronok untuk dipelajari.

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah

Pelajar akan daftar masuk ke platform dengan nama dan kata laluan yang akan diberikan. Senarai utama nama dan kata laluan pelajar akan diberikan kepada guru yang terlibat untuk membantu memudahkan proses ini. 50 pelajar dari setiap kategori akan mara ke peringkat kebangsaan.

Peringkat Daerah
Peringkat Zon
Peringkat Kebangsaan

Pelajar dikehendai menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan dan seramai 5 orang pemenang dari setiap kategori akan dipilih berdasarkan keputusan mereka.

Peringkat Terbuka
Peringkat Akhir