Senarai program /

Cabaran Minecraft (Kids)

Apakah cara yang interaktif yang boleh digunakan untuk memantapkan pengetahuan teknikal dan mencungkil kemahiran manipulatif perisian dalam kalangan pelajar? Generasi yang berkemahiran dalam bidang kejuruteraan diperlukan bagi memenuhi keperluan Malaysia sebagai negara yang membangun. Kurangnya pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam kalangan generasi kini akan memberi impak yang negatif kepada negara. Peserta Cabaran Minecraft perlu mencipta permainan mereka sendiri berdasarkan tema yang diberikan.

Cabaran Minecraft (Kids)

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Untuk membudayakan kreativiti dalam kelas.
  2. Untuk berinteraksi dengan kekreatifan pelajar dan mencungkil bakat terpendam.

Pengalaman Program

Perisian interaktif seperti Minecraft digunakan sebagai instrumen  untuk menyerlahkan dan memantapkan pengetahuan teknikal dan kemahiran kejuruteraan dikalangan pelajar. 

Hasil Program

Cabaran Minecraft membolehkan pelajar mempelajari kemahiran pemikiran komputasional dan kejuruteraan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. 

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah
Peringkat Daerah
Peringkat Zon
Peringkat Kebangsaan
Peringkat Terbuka

Para peserta akan meneroka Mesin Digital Rube Goldberg dalam pertandingan ini. Peserta juga akan menggunakan akaun DELIMA Microsoft mereka untuk mencipta reka bentuk mesin yang unik untuk membuka dan menyalakan radas sains (tema berkaitan umur akan disediakan). Di peringkat separuh akhir, peserta akan diberikan naik taraf Microsoft yang telah dibayar supaya masa permainan adalah tanpa had yang membolehkan peserta mengembangkan lagi reka bentuk Rube Goldberg maya mereka. 10 mesin maya terbaik akan dipaparkan di peringkat akhir kebangsaan.

Peringkat Akhir

Cabaran Minecraft (Kids)