Apakah cara yang interaktif yang boleh digunakan untuk memantapkan pengetahuan teknikal dan mencungkil kemahiran manipulatif perisian dalam kalangan pelajar? Generasi yang berkemahiran dalam bidang kejuruteraan diperlukan bagi memenuhi keperluan Malaysia sebagai negara yang membangun. Kurangnya pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam kalangan generasi kini akan memberi impak yang negatif kepada negara. Peserta Cabaran Minecraft perlu mencipta permainan mereka sendiri berdasarkan tema yang diberikan.
Perisian interaktif seperti Minecraft digunakan sebagai instrumen untuk menyerlahkan dan memantapkan pengetahuan teknikal dan kemahiran kejuruteraan dikalangan pelajar.
Cabaran Minecraft membolehkan pelajar mempelajari kemahiran pemikiran komputasional dan kejuruteraan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
Para peserta akan meneroka Mesin Digital Rube Goldberg dalam pertandingan ini. Peserta juga akan menggunakan akaun DELIMA Microsoft mereka untuk mencipta reka bentuk mesin yang unik untuk membuka dan menyalakan radas sains (tema berkaitan umur akan disediakan). Di peringkat separuh akhir, peserta akan diberikan naik taraf Microsoft yang telah dibayar supaya masa permainan adalah tanpa had yang membolehkan peserta mengembangkan lagi reka bentuk Rube Goldberg maya mereka. 10 mesin maya terbaik akan dipaparkan di peringkat akhir kebangsaan.