Senarai program /

Cabaran Sains Bahan (Remaja)

Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah menggariskan 17 matlamat sebagai panduan untuk seluruh penduduk bumi jika mereka ingin membuat sebarang pembangunan. Bagaimanakah sains bahan dapat membantu manusia untuk mencipta hari esok yang lebih baik? Walaupun teknologi nano mempunyai impak dalam semua bidang STEM, aplikasinya tidak begitu dikenali di kalangan rakyat Malaysia. Peserta dikehendaki mencadangkan sebuah idea untuk dibentangkan kepada pelabur-pelabur yang ingin mencari idea inovasi mengenai sains bahan. Idea kumpulan yang bertanding haruslah selari dengan salah satu daripada 17 matlamat yang digariskan oleh PBB. Idea yang dicadangkan untuk pertandingan ini haruslah idea yang segar dan sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

Cabaran Sains Bahan (Remaja)

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Untuk meningkatkan kemahiran menjadi komunikator yang menyampaikan maklumat sains dan teknologi dengan padat, tepat dan meyakinkan.
  2. Untuk menekankan kepentingan pengucapan awam dalam menyampaikan maklumat saintifik.
  3. Untuk menekankan kepentingan menggunakan sumber maklumat yang terkini dan sahih.
  4. Untuk melahirkan potensi kepimpinan dan melakukan perubahan berimpak pada skala tempatan, negara, atau antarabangsa.

Pengalaman Program

Peserta akan didedahkan kepada ilmu mengenai zarah-zarah yang mempengaruhi kehidupan seharian. Peserta juga akan mempelajari mengenai kegunaan bahan dan kepentingan menggunakan sumber alam.

Hasil Program

Program ini bertujuan untuk mencungkil idea-idea inovasi yang segar dan sesuai dari para peserta untuk dilaksanakan di Malaysia. Idea inovasi haruslah terbit dari masalah yang benar-benar berlaku di Malaysia dan bersandarkan kepada maklumat saintifik yang telah ditentusahkan oleh komuniti sains, bukan sekadar andaian semata-mata.

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah

Kumpulan akan mengemukakan idea inovasi mereka dalam bentuk infografik mengikut format pertandingan. 

Peringkat Daerah

Kumpulan dibenarkan untuk menambah baik infografik mereka dan seterusnya menyediakan video penerangan untuk menarik minat juri. Video penerangan mestilah tidak melebihi 3 minit (dikuatkuasakan dengan ketat). 

Peringkat Zon

Kumpulan akan diberi peluang untuk membentangkan idea mereka pada panel juri hakim yang arif dalam sains bahan.

Peringkat Kebangsaan

Kumpulan akan sekali lagi menjalani sesi pembentangan idea di hadapan panel hakim dan menyertai pameran poster. 

Peringkat Terbuka
Peringkat Akhir

Cabaran Sains Bahan (Remaja)