Senarai program /

Cabaran Sains Data (Belia)

Bagaimana Sains Data dapat membantu menyelesaikan masalah dunia sebenar? Melalui perkembangan teknologi terkini, terdapat banyak data-data yang dihasilkan, tetapi tiada cara menggunakannya untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Peserta akan belajar cara menggunakan teknik Sains Data untuk menganalisis ciri masalah dan situasi di sekeliling mereka. Dalam pertandingan ini, mereka perlu mencari dan mengumpulkan set data yang berkaitan dengan masalah ataupun objektif yang ingin diselesaikan, kemudiannya membuat analisis, visualisasi data dan mencari solusi.

Cabaran Sains Data (Belia)

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Untuk memperkenalkan Sains Data kepada pelajar-pelajar Malaysia
  2. Untuk menyediakan peluang pembelajaran Sains Data kepada pelajar-pelajar Malaysia
  3. Memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

Pengalaman Program

Para peserta akan belajar memproses data-data besar untuk menghasilkan corak, visualisasi dan pola supaya ia mudah difahami dan menggunakannya sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah tempatan.

Hasil Program

Pelajar dapat memanipulasi data-data yang diberikan dan menghasilkan suatu penyelesaian yang lengkap dan boleh dikomersialkan.

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan

Peserta diberi latihan tentang asas sains data dan kaedah mengekstrak data untuk menggambarkan suatu situasi. Cabaran mereka ialah untuk mengemukakan suatu solusi berdasarkan set data yang diberi.

Peringkat Sekolah
Peringkat Daerah
Peringkat Zon
Peringkat Kebangsaan
Peringkat Terbuka
Peringkat Akhir

Peserta yang dipilih untuk memasuki pusingan akhir akan menyertai bengkel intensif (bootcamp) kemahiran analisis data sebelum diberi cabaran berasaskan masa dalam pusingan akhir. Mereka akan diberi suatu set data dan perlu membuat analisis, menggambarkan isu-isu yang dihadapi, mengekstrapolasikan data dan membuat ramalan serta mencari solusi.

Cabaran Sains Data (Belia)