Bagaimana Sains Data dapat membantu menyelesaikan masalah dunia sebenar?Melalui perkembangan teknologi terkini, terdapat banyak data-data yangdihasilkan, tetapi tiada cara menggunakannya untuk menyelesaikan masalahkehidupan. Peserta akan belajar cara menggunakan teknik sains data untukmenganalisis ciri masalah dan situasi di sekeliling mereka. Dalam pertandingan ini,mereka akan diberikan set data untuk menganalisis dan mencadangkanpenyelesaian berdasarkan set data tersebut.
Para peserta akan belajar memproses data-data besar untuk menghasilkan corak, visualisasi dan pola supaya ia mudah difahami dan menggunakannya sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah tempatan.
Penghasilan kerangka solusi mudah menggunakan data yang telah diproses.
Peserta akan menganalisis data yang dikumpul melalui bancian atau mana-mana kaedah yang sesuai, dan menghasilkan kesimpulan tentang bagaimana maklumat ini ditunjukkan selepas menjalani beberapa latihan dalam sains data.
Peserta akan menjalani satu siri latihan maya dan webinar untuk memahami bagaimana perisian seperti Excel digunakan untuk menganalisis data. Mereka akan dibimbing oleh pakar untuk memproses maklumat untuk menghasilkan kesimpulan yang diperlukan dan mencari daripada data.
Peserta dikehendaki melengkapkan cabaran berasaskan masa yang berkaitan dengan sains data untuk menyelesaikan penyataan masalah yang diberi.
Peserta dikehendaki melengkapkan cabaran berasaskan masa yang berkaitan dengan sains data dan epidimeologi untuk meyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kawasan tempatan mereka.