Bagaimanakah teknologi Kecerdasan Buatan (AI) boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian? Disebabkan terdapat kekurangan pendedahan kepada asas dan kepentingan teknologi AI di kalangan pelajar Malaysia, peserta akan belajar menggunakan teknologi ini untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar berasaskan situasi sebenar seperti penjagaan kesihatan, kawalan kenderaan, dan lain-lain. Peserta akan diberikan beberapa siri cabaran, di mana cabaran terakhir ialah mencipta sebuah sistem AI yang mampu untuk memproses maklumat berdasarkan pelbagai jenis ‘Input’.
Peserta akan menggunakan pengetahuan AI yang dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam komuniti tempatan mereka.
Penyelesaian berdasarkan data untuk meningkatkan tahap produktiviti.
Peserta akan menjalankan aktiviti AI yang dipilih untuk membina sistem pengecaman muka yang mudah atau ujian ringkas untuk memahami cara AI boleh belajar dan beroperasi.
Para peserta akan menjalani kursus untuk memperkenalkan mereka kepada asas AI. Para peserta akan menggunakan kemahiran mereka untuk menghasilkan bot sembang berasaskan AI untuk menjawab pertanyaan berkaitan dengan sekolah masing-masing.
Peserta diberi cabaran berasaskan masa untuk menghasilkan algoritma menggunakan AI bagi menyelesaikan isu kemampanan di beberapa lokasi di Malaysia yang paling sesuai untuk tenaga boleh diperbaharui.
Peserta diberi cabaran berasaskan masa untuk menghasilkan algoritma menggunakan AI bagi menyelesaikan isu kemampanan di beberapa lokasi di Malaysia yang paling sesuai untuk tenaga boleh diperbaharui.