Senarai program /

Misi Penerbangan Dron

Para peserta akan didedahkan kepada asas pengaturcaraan melalui pseudokod dan carta aliran. Kemudian, para peserta akan mempelajari bahasa pengaturcaraan untuk mengekod dron mereka. Di kemuncak pertandingan ini, peserta akan dibekalkan dron dan merasai debaran merancang serta menghasilkan kod dron seterusnya melihat ia terbang.

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Untuk memberi pendedahan kepada sains dan teknologi dalam bidang penerbangan.
  2. Untuk memberi pendedahan kepada teknologi dron dan aplikasi dron dalam dunia sebenar.  
  3. Untuk mempelajari kaedah memprogram dron menggunakan block coding
  4. Untuk memberi pendedahan kepada corak penerbangan dalam tugasan menghantar barang.
  5. Untuk mencari penyelesaian masalah saintifik berkenaan corak dan pola.

Pengalaman Program

Para peserta akan memahami apakah itu pengaturcaraan dan memberi pendedahan secara sistematik kepada kaedah untuk merancang penerbangan dron. Pada masa yang sama, mereka akan belajar tatacara pengendalian dron yang selamat.

Hasil Program

Para peserta akan mempelajari pengaturcaraan dron untuk menghasilkan penerbangan autonomi.

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah

Para peserta akan diberikan satu situasi penerbangan yang mudah. Mereka dikehendaki untuk merancang laluan penerbangan serta menghasilkan pseudokod dan carta alir.

Peringkat Daerah

Para peserta akan diberikan sebuah situasi penerbangan yang berbeza (dengan peningkatan tahap kesukaran). Mereka perlu merancang penerbangan serta menghasilkan pseudokod, carta alir dan kod penerbangan sebenar mengikut format yang disediakan.

Peringkat Zon

Para peserta akan dilengkapi dengan dron bagi mengharungi cabaran secara fizikal. Mereka perlu mengkaji dan mengira ukuran laluan penerbangan dan merancang penerbangan dron mereka untuk menghantar barangan. Kejituan penerbangan akan dinilai.

Peringkat Kebangsaan

Para peserta akan dilengkapi dengan dron bagi mengharungi cabaran secara fizikal (dengan peningkatan tahap kesukaran). Mereka perlu mengkaji topografi dan merancang penerbangan dron mereka untuk menghantar barangan.

Peringkat Terbuka
Peringkat Akhir

Misi Penerbangan Dron