Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari konsep pemikiran komputasi (CT) dan asas robotik bagi mengatasi kesukaran dalam menjelaskan konsep sains komputer dan robotik kepada pelajar sekolah rendah. Peserta Sekolah Rendah (Tahun 1 & 2) akan menggunakan dan mempelajari modul Pemikiran Komputasional dan robot khas. Dengan menggunakan kemahiran yang diperolehi, peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa tugasan.
Pendedahan awal kepada pemikiran komputasi akan memudahkan pelajar memahami subjek seperti RBT dan kejuruteraan di masa hadapan.
Peserta akan lebih mudah menerima teknologi terkini dalam pembelajaran berunsurkan STEM.
Peserta akan mengembangkan kemahiran berfikir CT mereka dengan melakukan aktiviti CT. Guru akan menggunakan peluang ini untuk mengenal pasti pelajar berbakat.
Peserta akan menjalankan aktiviti pengekodan berasaskan masa menggunakan Mr.Tacobot pada platform digital. Mereka akan memastikan kod mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan.
Peserta akan menggunakan Tacobot untuk menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan sebenar yang melibatkan kemahiran CT.
Peserta akan menggunakan Tacobot untuk menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan sebenar yang melibatkan kemahiran CT.