Senarai program /

Penulisan Kod Terpantas FC-1 (Kids)

Memandangkan subjek pengaturcaraan dan mikropengawal baru diperkenalkan, pelajar mempunyai masalah untuk memahaminya dan juga merasakan tiada kepentingan untuk mempelajari dan menguasai kemahiran ini. Kurang pengetahuan dan minat untuk menguasai subjek pengaturcaraan dan mikropengawal dalam kalangan pelajar kerana kurangnya pendedahan tentang kepentingan untuk menguasai kemahiran ini. Para peserta akan diberikan latihan asas mengenai pengaturcaraan dan konsep mikropengawal. Mereka juga akan boleh mengakses aplikasi pengaturcaraan (Make Arduino) secara percuma untuk pembelajaran ini. Program latihan akan memenuhi DSKP dan Silibus Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Penulisan Kod Terpantas FC-1 (Kids)

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Memperkenalkan kepada peserta yang tidak pernah membuat aturcara untuk belajar mengenai subjek pengaturcaraan dan mikropengawal.
  2. Mencabar kebolehan peserta untuk bersaing pada peringkat yang setara tanpa mengira tahap atau kelas sosial.
  3. Menerapkan konsep dan tatacara pertandingan yang berlandaskan DSKP RBT MOE.

Pengalaman Program

Dengan menyertai pertandingan ini, peserta akan dapat belajar konsep pengaturcaraan dan mikro pengawal dengan persekitaran yang lebih menarik dan kompetitif. Melalui pertandingan ini, kita dapat mencungkil minat dan mencari bakat terpendam dalam bidang pengkomputeran. Mungkin jadi, di antara peserta ini, Elon Musk atau Bill Gates generasi baru akan dapat diperketengahkan!

Hasil Program

Mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan pelajar luar bandar dalam bidang pengaturcaraan dan mikropengawal.

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah

Pada peringkat sekolah, dua orang pelajar akan dipilih berdasarkan kepantasan mereka menyelesaikan tugasnya dan membentuk satu kumpulan yang akan mewakili sekolah mereka.

Peringkat Daerah

Satu kumpulan yang terpantas dalam menyelesaikan tugas dan melengkapkan aturcara akan mewakili daerah.

Peringkat Zon

Peserta perlu menyiapkan program, menyelesaikan tugasan berkaitan dengan pemikiran komputasional, melengkap dan mengemaskan projek mereka bagi mendapatkan markah tertinggi untuk menang. KIt yang sesuai akan disediakan di peringkat ini.

Peringkat Kebangsaan

Peserta perlu menyiapkan program, menyelesaikan tugasan berkaitan dengan pemikiran komputasional, melengkap dan menggemaskan projek mereka bagi mendapatkan markah tertinggi untuk menang. KIt yang sesuai akan disediakan di peringkat ini.

Peringkat Terbuka
Peringkat Akhir

Penulisan Kod Terpantas FC-1 (Kids)