Menjana idea dan menerapkan budaya inovasi adalah penting dalam usaha menggalakkan penyertaan Malaysia dalam perlumbaan angkasa. Terdapat permintaan yang mendesak untuk penciptaan inovasi tempatan yang mampu menyelesaikan masalah berkaitan pengembaraan angkasa termasuk penginapan, bahan api roket, dan elemen-elemen yang belum dikenal pasti oleh para saintis.
Peserta akan berpeluang untuk mereka bentuk, mencipta atau membina inovasi yang dapat melancarkan dan memperbaiki perjalanan, penerokaan, dan kualiti pengalaman bagi angkasawan.
Dengan memberi peluang kepada warga belia kita untuk menyelesaikan masalah berkaitan penerokaan angkasa, mereka lebih cenderung untuk mencipta inovasi diluar kotak bagi menyelesaikan isu-isu tersebut.
Pembentukan beberapa idea yang boleh dikaji dengan lebih lanjut atau dibangunkan untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas. Idea ini boleh dijana menggunakan produk yang terdapat di Malaysia.
Peserta berkongsi lukisan inovasi yang boleh membantu agenda penerokaan angkasa. Peserta bebas memilih idea untuk inovasi itu; sut angkasa boleh, alat pernafasan boleh, malah tandas pun boleh!
Peserta akan menterjemah idea mereka ke dalam bentuk video, di mana fokus video adalah sebab mengapa inovasi mereka merupakan yang terbaik dan mampu menjadi pengubah permainan dunia penerokaan angkasa.
Peserta akan membina prototaip idea mereka menggunakan bahan harian. Mereka perlu mempamerkan reka bentuk mereka kepada penonton dan panel hakim yang menghadiri acara fizikal itu.
Peserta akan membina prototaip idea mereka menggunakan bahan harian. Mereka perlu mempamerkan reka bentuk mereka kepada penonton dan panel hakim yang menghadiri acara fizikal itu.