Belia harus diberi peluang untuk mengkomersialkan produk berasaskan AI kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk belajar bagaimana untuk berbuat demikian. Cabaran terbuka ini disasarkan kepada kategori belia. Peserta akan diminta untuk mencari penyelesaian berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan oleh rakan kongsi industri, menggunakan gabungan AI dan kaedah pembinaan pangkalan data.
Memberi peluang untuk bekerjasama dengan mentor-mentor yang berpengalaman dalam bidang AI.
Peserta menghasilkan suatu solusi yang boleh digunakan oleh rakan kongsi industri yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Peserta diberi latihan tentang asas AI dan perisian yang sesuai digunakan untuk menghasilkan solusi mereka. Peserta diminta mengemukakan konsep idea mereka dan juga prosedur yang digunakan untuk menghasilkan solusi. Panel hakim akan memilih beberapa pasukan untuk memasuki pertandingan akhir.
Peserta akan menghasilkan solusi yang dinasihati oleh mentor mereka. Solusi ini akan dibentangkan kepada panel hakim yang terdiri daripada rakan kongsi akademia serta industri.