Senarai program /

Pertandingan Mereka Bentuk Kediaman Masa Depan (Kanak-Kanak)

Bagaimana rupanya kediaman masa depan? Bagaimanakah kediaman boleh mengaplikasikan teknologi terkini untuk meningkatkan kualiti hidup di samping mengambil kira aspek kelestarian? Memandangkan kos untuk membina rumah semakin meningkat, peralatan juga menjadi semakin canggih dan kelestarian alam haruslah dipelihara. Usaha untuk mencipta kediaman masa hadapan amatlah mencabar. Peserta kanak-kanak ditugaskan untuk mereka bentuk dan membina ‘rumah masa depan’ dengan mengambil kira aspek teknologi dan kelestarian alam sekitar.

Pertandingan Mereka Bentuk Kediaman Masa Depan (Kanak-Kanak)

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Untuk mengumpul idea-idea inovatif untuk mereka cipta rumah masa hadapan.
  2. Untuk mengintegrasikan konsep sains, teknologi dan alam sekitar secara holistik dalam proses pembinaan rumah masa hadapan.
  3. Untuk memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan konsep mikro pengawal dan kejuruteraan pada projek ini. 

Pengalaman Program

Para inovator muda di Malaysia akan dicabar untuk menyelesaikan masalah mengenai kediaman masa depan menggunakan teknologi terkini.

Hasil Program

Peserta akan mereka cipta sistem yang mengambil kira aspek keselamatan, keselesaan, ekonomi dan kelestarian. Peserta juga akan belajar mengenai sistem penderia dan mikropengawal untuk memastikan ciptaan mereka mampan dan berdaya komersial.

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah

Pelajar akan melukis lakaran konsep rumah di atas sekeping kertas dan berkongsi idea mereka. Mereka juga harus menyenaraikan aspek-aspek inovasi di dalam ciptaan mereka.

Peringkat Daerah

Pelajar akan merealisasikan lukisan mereka kepada pelan digital menggunakan perisian TinkerCAD. Akhirnya, akan berkongsi idea mereka dengan para juri melalui penyediaan video ringkas

Peringkat Zon

Peserta seharusnya dapat menyepadukan mikropemprosesan dan mengaturcara kod ke dalam lukisan ini. Para peserta akan berkongsi idea mereka dengan para hakim.

Peringkat Kebangsaan

Peserta akan dibimbing untuk membina prototaip kediaman masa depan mereka menggunakan idea mereka dan bahan-bahan harian. mereka akan mengintegrasikan mikropengawal dan penderia untuk menghasilkan kediaman masa depan. 

Peringkat Terbuka
Peringkat Akhir

Pertandingan Mereka Bentuk Kediaman Masa Depan (Kanak-Kanak)