Bagaimana rupanya kediaman masa depan? Bagaimanakah kediaman boleh mengaplikasikan teknologi terkini untuk meningkatkan kualiti hidup di samping mengambil kira aspek kelestarian? Memandangkan kos untuk membina rumah semakin meningkat, peralatan juga menjadi semakin canggih dan kelestarian alam haruslah dipelihara. Usaha untuk mencipta kediaman masa hadapan amatlah mencabar. Peserta remaja akan mereka bentuk dan membina rumah pintar dengan mengambil kira kemampanan dan peranti pintar.
Para inovator muda di Malaysia akan dicabar untuk menyelesaikan masalah mengenai kediaman masa depan menggunakan teknologi terkini.
Peserta akan mereka cipta sistem yang mengambil kira aspek keselamatan, keselesaan, ekonomi dan kelestarian. Peserta juga akan belajar mengenai sistem penderia dan mikropengawal untuk memastikan ciptaan mereka mampan dan berdaya komersial.
Peserta akan melakarkan konsep rumah dan berkongsi idea mereka. Mereka juga harus menyenaraikan aspek-aspek inovasi di dalam ciptaan mereka.
Peserta akan merealisasikan lukisan mereka kepada pelan digital menggunakan perisian TinkerCAD. Peserta perlu mengintegrasikan penggunaan mikropemproses dan pengaturcaraan mereka ke dalam projek ini. Pada akhir pertandingan, mereka akan kongsikan idea mereka dengan para juri melalui penyediaan video ringkas.
Peserta akan dibimbing untuk membina prototaip kediaman masa depan mereka menggunakan bahan harian. Mereka akan mengintegrasikan mikropemproses dan sensor untuk menghasilkan kediaman masa depan bagi semua rakyat Malaysia.
Peserta akan dibimbing untuk membina prototaip kediaman masa depan mereka menggunakan bahan harian. Peserta akan menaik taraf prototaip dengan menambah lebih banyak ciri dengan mengintegrasikan mikropemproses dan sensor untuk menghasilkan 'kediaman masa depan' yang sebenar untuk semua rakyat Malaysia.