Senarai program /

Pertandingan Pemantauan Alam Sekitar

Perubahan iklim telah menyebabkan beberapa kesan buruk kepada komuniti sedunia. Perubahan iklim telah memberi impak kepada cuaca Malaysia dengan menyebabkan kejadian bencana seperti banjir dan kemarau. Selain itu, tingkah laku segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab telah merosakkan alam sekitar. Peserta akan mereka bentuk dan membina peranti ataupun sistem yang membantu memantau parameter khususnya dalam persekitaran (kualiti air/udara/tanah) dan membantu mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pemantauan alam sekitar. Program ini akan dijalankan dengan kerjasama Institusi Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia.

Pertandingan Pemantauan Alam Sekitar

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Untuk mendedahkan peserta kepada kepentingan pemantauan alam sekitar dan untuk melihat bagaimana peranti boleh digunakan dalam aplikasi ini.
  2. Untuk mempelajari cara mengintegrasikan penderia dengan aplikasi untuk membolehkan pemantauan masa nyata atau pemantauan atas permintaan.
  3. Untuk memberi pemahaman kepada peserta tentang isu yang berkaitan iaitu perubahan iklim dan pemanasan global.

Pengalaman Program

Peserta akan belajar cara mengenalpasti parameter persekitaran penting yang harus dipantau untuk mengelakkan daripada kejadian alam sekitar yang buruk berlaku. Mereka juga akan belajar menggunakan teknologi untuk memantau data yang mempengaruhi situasi ini.

Hasil Program

Peserta akan mereka bentuk dan membina peranti yang membantu memantau parameter khususnya dalam persekitaran.

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah

- Peserta menulis cadangan dengan menyatakan pernyataan masalah.
- Reka bentuk sensor perlu mempunyai:
o Bahan yang diperlukan
o Prinsip saintifik di sebalik reka bentuk sensor
- Sensor yang direka bentuk sebaiknya dikuasakan dengan sumber 5V, dan memberikan output antara 0 hingga 5V.
- Jika mekanisme sensor memerlukan sensor tambahan (cth. perubahan warna, memerlukan sensor cahaya untuk menukar kepada voltan), maka ia dibenarkan.
- Peserta tidak dibenarkan menggunakan sensor luar biasa sebagai reka bentuk mereka.

Peringkat Daerah

- Peserta membina dan menunjukkan prototaip kerja mereka.
- Prototaip harus dapat bertindak balas terhadap rangsangan dan pelajar harus mempamerkan dengan menggunakan Arduino Serial Plotter.
- Peserta kemudiannya hendaklah menulis laporan teknikal berdasarkan format yang diberikan untuk memperincikan eksperimen yang telah mereka lakukan dengan sensor, metodologi mereka, pengehadan sensor dan cadangan penambahbaikan.

Peringkat Zon

- Peserta bekerjasama dengan pasukan pasukan Teknikal IET untuk menyepadukan data sensor mereka ke dalam aplikasi Android.
- Peserta mereka bentuk interaksi kreatif menggunakan aplikasi.
- Peserta menambah baik reka bentuk sensor mereka untuk menjadikannya modul "plug and play".

Peringkat Kebangsaan

- Peserta diberi peluang untuk mencipta aplikasi Android mereka sendiri dengan Augmented Reality (AR) untuk memaparkan data penderia.
- Peserta harus mengemukakan idea mereka kepada panel hakim, serta mempamerkan aplikasi mereka dan reka bentuk sensor mereka.

Peringkat Terbuka
Peringkat Akhir

Pertandingan Pemantauan Alam Sekitar