Pertandingan kuiz merupakan cara yang berkesan untuk menjadikan pembelajaran STEM mudah dan boleh diakses oleh semua golongan masyarakat. Minat generasi kini terhadap bidang berkaitan STEM semakin berkurangan di mana perhatian mereka lebih bertumpu kepada bidang Seni dan Kemanusiaan, Pendidikan, Sains Sosial, Perniagaan dan Penghakiman. Pertandingan ini memerlukan interaksi secara berterusan dari para peserta di mana siri-siri pengetahuan berkaitan topik STEM seperti sains, robotik, dron, kejuruteraan dan sebagainya akan diuji secara berkala sepanjang berlangsungnya Malaysia Techlympics. Peserta dibahagikan mengikut kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan juga belia. Pemenang akan ditentukan mengikut kategori kumpulan umur.
Kuiz merupakan cara yang efektif untuk merangsang minat dan keinginan untuk mempelajari sesuatu. Pertandingan 'Quiz-A-Thon' akan memberi inspirasi buat para peserta untuk meneruskan pembelajaran subjek STEM disekolah dengan menanam minat dan keinginan dalam diri para pelajar untuk mempelajari bidang-bidang yang berkaitan sepanjang penyertaan mereka dalam pertandingan ini.
Dengan interaksi berterusan daripada para peserta minat terhadap bidang STEM akan dapat dipupuk dan keinginan untuk mendalami bidang ini akan diteruskan.
Peserta perlu menyertai semua kuiz untuk membolehkan mereka mempunyai markah terkumpul yang tinggi. Sistem pemarkahkan adalah berdasarkan jawapan yang tepat serta masa yang terpantas. Peserta bagi setiap kategori dengan jumlah mata terkumpul akan memenangi pertandingan ini.