Senarai program /

Pertandingan Video Kreatif

Bidang penghasilan video merupakan bidang teknikal yang diminati ramai. Para inovator muda mampu menghasilkan pelbagai video yang kreatif dan menjana hasil pendapatan melalui kebolehan mereka dalam bidang ini. Malaysia kini dalam perjalanan untuk menjadikan inovasi sebagai peneraju ekonomi negara. Maka, memupuk minat dalam kalangan generasi muda untuk menghargai inovasi yang berlaku di sekeliling mereka dan mempunyai aspirasi untuk berkongsi pengetahuan dengan dunia menerusi elemen kreativiti adalah sangat wajar. Peserta perlu menghasilkan video 15 minit yang bertemakan inovasi di Malaysia. Kategori pertandingan ini adalah terbuka untuk belia di mana daya kreativiti peserta dalam mempamerkan inovasi di sekeliling mereka atau perkongsian pengetahuan secara kreatif dan informatif. Sistem permarkahan adalah terbahagi kepada 2 : 1) Jumlah tontonan dan reaksi, dan 2) Sistem pemarkahan oleh panel hakim terpilih.

Pertandingan Video Kreatif

Fokus Bidang Teknologi

Objektif

  1. Untuk memberi inspirasi kepada peserta supaya menghargai inovasi di sekeliling mereka dan kehidupan seharian.
  2. Untuk menggalakkan peserta menghasilkan sesuatu yang kreatif dalam mempromosikan keboleh capaian inovasi di Malaysia.

Pengalaman Program

Media video dapat memupuk minat dalam kalangan generasi muda untuk menyokong aspirasi negara, iaitu menjadikan inovasi sebagai peneraju ekonomi dengan mempromosikan perkembangan inovasi dan pengetahuan melalui platform media sosial.

Hasil Program

Melalui platform media sosial yang sohor dalam kalangan generasi muda, mereka akan lebih berminat untuk membudayakan inovasi dan berkongsi pengetahuan mereka dengan masyarakat sekaligus memulakan pengembaraan dalam bidang berkaitan STEM. 

Mekanisme Pertandingan

Peringkat Kelayakan
Peringkat Sekolah
Peringkat Daerah
Peringkat Zon
Peringkat Kebangsaan
Peringkat Terbuka

Peserta perlu memuat naik video dengan tetapan 'umum' di media sosial dan berkongsi pautan melalui borang yang disediakan. 50 video dengan jumlah 'like' dan tontonan tertinggi akan disenarai pendek untuk ke peringkat seterusnya.Di peringkat berikutnya, video akan dibuka untuk undian orang ramai dan dinilai oleh panel terpilih untuk mencari pemenang utama.

Peringkat Akhir

Pertandingan Video Kreatif