Di Malaysia, pelajar-pelajar kurang didedahkan kepada asas dan kepentingan teknologi AI. Oleh itu, para peserta pertandingan ini akan didedahkan kepada pembelajaran asas Kecerdasan Buatan (AI) dan mengaplikasikannya untuk menyelesaikan masalah di rumah atau komuniti mereka.
Peserta akan menggunakan pengetahuan AI yang dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam komuniti tempatan mereka.
Penghasilan sebuah solusi ringkas berasaskan AI yang mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam komuniti tempatan mereka.
Peserta akan menghasilkan model fizikal pemesinan pemprosesan selari untuk lebih memahami cara data boleh diisih melalui mesin berasaskan AI di samping eksperimen membina mesin pengisihan maya menggunakan simulasi maya.
Peserta akan mengambil bahagian dalam reka bentuk AI khusus mengikut peringkat umur di mana mereka akan didedahkan kepada konsep AI yang berbeza sebelum membina prototaip kereta memandu sendiri menggunakan logik mudah.